Sunday, March 1, 2020

Pelan Hibah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang sudah mempunyai kesedaran yang sangat tinggi mengenai kepentingan Takaful. Tahniah diucapkan kerana anda salah seorang daripada mereka! Disebabkan itu, sudah ramai yang memiliki kad perubatan (medical card) sebagai persediaan untuk saat-saat yang tak terduga.

Jika anda sudah memiliki pelan kad perubatan, sudah tiba masa untuk review polisi anda.
  • Adakah pelan anda sekarang mempunyai hibah?
  • Jika sudah ada, adakah ia cukup?

Apa Itu Hibah?

Hibah ialah pampasan kematian yang dihadiahkan kepada waris yang ditentukan oleh anda. Jika anda seorang ketua keluarga, hibah amat berguna untuk ditinggalkan kepada waris bagi meneruskan kehidupan mereka setelah ketiadaan anda.

Hibah juga penting untuk pelbagai tujuan lain, tidak semestinya ia hanya sesuai untuk ketua keluarga. Antara tujuan lain ialah:
  • Melangsaikan segala hutang yang tinggal.
  • Meninggalkan harta pusaka kepada waris.
  • Boleh dijadikan sedekah dengan menderma kepada badan-badan kebajikan dan sebagainya.

Pampasan ini tidak terhad kepada kematian sahaja. Ia juga boleh dituntut jika berlaku lumpuh kekal kepada pemegang polisi. Dengan adanya pelan sebegini, pemegang polisi dapat meneruskan kehidupan walaupun sudah tidak mampu bekerja lagi.

Berapa Coverage Yang Saya Patut Ambil?

Kiraan mudah untuk memastikan coverage anda mencukupi ialah anda perlu memastikan ia cukup untuk menampung kehidupan anda atau waris selama 10 tahun.

Gaji sebulan x 12 bulan x 10 tahun = Jumlah pampasan yang sepatutnya

Katakan gaji Ali sebulan ialah RM5,000. Maka:

RM 5,000 x 12 x 10 = RM 600,000

Nah, pasti anda merasakan jumlah itu terlalu banyak. Baiklah, jika Ali tidak mahu RM600,000, dia boleh memilih separuh daripada itu. Jadi, jumlah pampasan yang ditinggalkan cukup untuk waris meneruskan hidup selama 5 tahun:

RM 5,000 x 12 x 5 = RM 300,000

Jadi, begitulah pengiraan hibah yang sepatutnya. Cuba ambil kalkulator dan kira berapakah hibah yang anda patut ambil? Jika pampasannya RM 300,000, berapakah bayaran bulanan pelan hibah ini? Jawapannya, tidak mahal! Bergantung kepada umur dan pekerjaan anda.

Berapa Lagi Coverage Yang Ada?

Anda mungkin mencari pelan hibah yang ada coverage lebih tinggi daripada ini. Anda mungkin mencari setengah juta, 1 juta ke atas, atau juga RM 200,000. Jangan risau, beritahu kami berapa yang anda mahu dan kami akan bantu anda.

Pelan Hibah Menggantikan MRTA?

Jika anda membeli rumah atau property lain dan membuat pinjaman, biasanya bank akan menyertakan pelan MRTA untuk loan tersebut. Mortgage Reducing Term Assurance ialah pelan insurans yang cover untuk membayar baki pinjaman jika peminjam meninggal dunia. Masalah timbul kerana kadang-kadang, ada MRTA yang cuma cover selama tempoh tertentu iaitu mungkin 5 tahun walhal tempoh bayaran balik pinjaman ialah 30 tahun.

Sudah tiba masanya untuk anda review kembali MRTA anda. Apa akan terjadi jika meninggal setelah sudah tiada MRTA lagi? Jika MRTA cover sehingga 30 tahun, apakah jaminan waris tidak perlu mengeluarkan duit untuk menukar nama bagi property tersebut? Kerana pampasan MRTA berkurang mengikut baki pinjaman yang belum selesai dan ia hanya akan dibayar kepada bank dan bukannya kepada waris. Kos guaman untuk proses penukaran nama harus ditanggung oleh waris dan berapa pula kosnya? Di sinilah pelan hibah memainkan peranan penting untuk membantu waris menguruskan penukaran nama bagi aset-aset yang anda tinggalkan. Kami akan terangkan lebih lanjut jika anda berminat tentang menggantikan MRTA ini.

Mahu tahu pelan hibah yang sesuai dengan keperluan anda? Sila hubungi kami segera:

Khairul Nizam
010 358 7120
khairulnizamsaidi91@gmail.com

Aziemah Salleh
010 359 7120
aziemahsalleh@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Plan A-Life Ikhtiar

 "Kita ikhtiar dahulu, baru tawakal." Berita baik buat yang sedang tercari-cari pelan kad perubatan dengan limit tahunan yang ting...