Tidak dapat dinafikan, terdapat sangat banyak pilihan pelan Takaful yang ada di pasaran. Ada pelbagai jenis pilihan medical card dengan syarat-syarat dan limit tertentu.
Sebagai Perunding Takaful, kami sering menerima permintaan daripada prospects untuk memberikan mereka flyers/brochure untuk dibaca. Bukan tidak mahu beri tetapi ia hanya akan memeningkan kepala anda dengan terms yang mungkin jarang ditemui. Jadi, adalah lebih baik jika kami terangkan kepada anda dengan layman terms supaya anda lebih dapat memahaminya dengan baik.
Di AIA Public Takaful, terdapat beberapa jenis medical card. Salah satu plan termurah ialah A-Life Medik Famili.
Ini ialah pelan mampu milik yang mampu melindungi anda sekeluarga. Antara manfaat pelan ini:
- Pelan perubatan yang komprehensif
- Perlindungan sepanjang hayat
- Tiada had seumur hidup
- Aplikasi mobil AIA locator
Biasanya, pelan komprehensif individu berharga antara RM200-RM400 bergantung kepada umur anda tetapi dengan pelan ini, anda mampu melindungi sehingga 4 orang dengan harga yang sama! Sangat menarik, betul tak?
Pelan ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu semua ahli keluarga mempunyai medical card sendiri. Dan jangan tak tahu, ia unlimited untuk seumur hidup! Jadi, anda sudah tidak perlu risau kerana anda sudah sediakan payung sebelum hujan.
Saya Tak Mahu Sakit!
Siapa yang mahu jatuh sakit? Tiada orang yang mahu, tetapi adakah kita dapat menghalangnya daripada menyerang kita? Harus diingat, medical card bukan hanya untuk penyakit kritikal. Penyakit biasa seperti demam, demam denggi, cirit-birit yang teruk juga boleh menyebabkan anda perlu admit ke hospital.
Hospital Kerajaan Kan Ada?
Ya, betul. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang kepakaran dari hospital kerajaan diperlukan. Walaupun rawatan di hospital kerajaan biasanya percuma, kadang-kadang ada juga kos yang perlu dibayar sendiri. Jadi, di sinilah kegunaan medical card anda.
Tambahan pula, seperti yang kita sedia maklum, hospital kerajaan biasanya sesak dan penuh dengan pesakit. Marilah kita berikan ruang dan tempat di hospital kerajaan bagi mereka yang tidak mampu dan tidak dapat memiliki medical card kerana sudah ada penyakit.
Keselesaan Anda Keutamaan Kami
Apabila kita jatuh sakit, pasti kita mahukan persekitaran yang selesa supaya dapat sembuh dengan lebih cepat. Mendapatkan rawatan di hospital swasta pasti mampu memberikan anda pengalaman 5 bintang!
Waiting List
Satu lagi kelebihan apabila memiliki medical card ialah anda tidak perlu menanti giliran yang lama sekiranya terpaksa melakukan pembedahan. Pasti semua sudah maklum bahawa waiting list di hospital kerajaan agak lama kerana ramai yang menanti untuk dibedah. Jadi, perkara ini boleh dielakkan apabila ke hospital swasta kerana anda yang memilih tarikhnya.
Hubungi kami segera untuk mengetahui pelan medical card yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga:
Khairul Nizam
010 358 7120
khairulnizamsaidi91@gmail.com
Aziemah Salleh
010 359 7120
aziemahsalleh@gmail.com
No comments:
Post a Comment