Saturday, February 29, 2020

Medical Card / Kad Perubatan

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang kami. Tahniah! Kerana anda mempunyai kesedaran untuk memiliki pelan Takaful, tetapi apakah pelan yang sesuai untuk anda?

Sudah ada medical card personal?

Biasanya, jika anda berjumpa dengan mana-mana perunding Takaful, pasti anda ditanya jika sudah memiliki kad perubatan (medical card) peribadi, betul tak? Di sini kami ingin tekankan bahawa kad perubatan peribadi sangat penting walaupun anda sudah ada kad perubatan yang disediakan oleh syarikat anda bekerja. Kenapa ia penting?

Cuba tanya soalan ini kepada diri anda sendiri:
  • Sampai bila anda mahu berkhidmat di syarikat sekarang? Adakah anda merancang untuk bertukar syarikat/kerja dalam beberapa tahun lagi?
  • Jika anda mahu bekerja sehingga pencen di syarikat sekarang, adakah syarikat masih menyediakan perlindungan perubatan untuk anda setelah pencen?
  • Bagaimana jika anda bertukar ke syarikat baru dan tiada perlindungan perubatan? Atau jika setelah pencen, tiada perlindungan perubatan?
Harus diingat, Takaful dibeli dengan kesihatan. Dengan keadaan persekitaran dan gaya hidup zaman sekarang, kita semua terdedah dengan pelbagai penyakit. Cyst, heart attack, diabetes, high blood pressure merupakan antara penyakit yang biasa menyerang orang muda. Jika ditanya mereka yang menghidap penyakit ini, pasti mereka mengatakan tidak sangka akan terkena penyakit itu.

Jadi, apakah persediaan anda?

Ada medical card company yang mempunyai limit yang sangat rendah. Ada yang RM10,000, ada yang RM20,000. Jika medical card company anda ialah unlimited, tahniah! Tetapi bagaimana dengan yang limit rendah ini? Adakah anda tahu limit tersebut mungkin tidak dapat cover kos pembedahan? Atau rawatan yang boleh diberikan sangat limited jika hanya itu limit yang diberikan?

Berapa yang saya perlu peruntukkan untuk medical card personal?

Apabila anda membuat keputusan untuk sign up pelan Takaful, ia adalah satu komitmen untuk diri anda. Kami memahami situasi ini. Sila hubungi kami dan berbincang dengan kami berapakah peruntukan atau budget anda. Kami mempunyai pilihan yang boleh memenuhi keperluan anda. Ada plan comprehensive bagi yang berkemampuan dan ada plan medical card standalone bagi yang mahu peruntukan minimum.

Kenapa ada yang mahal, ada yang murah?

Pasti ada yang terfikir, kenapa seseorang perunding Takaful menawarkan pelan dengan harga berbeza kepada individu berlainan? Simple. Setiap orang mempunyai keperluan dan kemampuan berbeza. There is no one size that fits all. Sebagai perunding Takaful a.k.a. Wealth Life Planner, kami harus menganalisa keperluan anda dan mencadangkan pelan yang sesuai.

Analogi ringkas di sini. Bayangkan seorang penjual rumah. Beliau berjumpa dengan keluarga A yang mempunyai dua orang anak dan keluarga B yang mempunyai enam orang anak. Adakah dia akan mencadangkan jenis rumah yang sama kepada kedua-dua keluarga? Sama sahaja, rumah. Sudah tentu tidak. Mereka mempunyai keperluan berbeza.

Peruntukan yang sebaiknya untuk pelan Takaful ialah 10% daripada gaji anda.

Hubungi kami sekarang untuk mengetahui tentang pelan kad perubatan yang ada dan memenuhi keperluan anda:

Khairul Nizam
010 358 7120
khairulnizamsaidi91@gmail.com

Aziemah Salleh
010 359 7120
aziemahsalleh@gmail.com


Nota kaki: Mahu mencari pelan kad perubatan untuk cover company/staff anda? Kami juga boleh bantu.

No comments:

Post a Comment

Plan A-Life Ikhtiar

 "Kita ikhtiar dahulu, baru tawakal." Berita baik buat yang sedang tercari-cari pelan kad perubatan dengan limit tahunan yang ting...